3 Hari Raya


Imprimir canciónEnviar corrección de la canciónEnviar canción nuevafacebooktwitterwhatsapp

Assala moya laikom
Kepada semua muslimin dan musliman
Kepada semua peminat peminat saya dimana juga anda berada
Saya sharifah aini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Saya berharap anda terhibur dengan lagu lagu nyanyian saya

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Minta mak kue sepotong
Kami mau makan kerana perut kosong

Aidilfitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat selamat hari raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat selamat hari raya

Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini
Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya