X-Factor

7251364


Imprimir canciónEnviar corrección de la canciónEnviar canción nuevafacebooktwitterwhatsapp

Dua minggu telah berlalu ku keseorangan
Merindu satunya gadis idaman yang telah ku kecewakan
Tanpa disedari naluri ku terkasar bahasa
Namun jauh sekali dihati niat untuk meluka

Apakah dia tidak tahu ku masih menyintai
Mengharung apa jua tuk mendekati

Ku cuba tujuh dua lima satu tiga enam empat tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada
Ku cuba tujuh dua lima satu tiga enam empat gagal di hubungi
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci

Kecewa sudah ku tunggu tanpa khabar berita
Mendengar detik dan saat berlalu bagai berkurun terseksa
Teman asyik menasihati cintaku kedinginan
Namun apakah mereka tidak sedar hatiku membara

Tidak mungkin dapat ku cuba untuk melupainya
Siang dan malam terbayang wajahnya

Ku cuba tujuh dua lima satu tiga enam empat tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada
Ku cuba tujuh dua lima satu tiga enam empat gagal di hubungi
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci

Walau apa jua akhirnya akan ku cuba untuk bersua
Kerna tak terbayangkan hidup ini tanpa senyumannya

Ku cuba tujuh dua lima satu tiga enam empat tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada (nada)
Ku cuba tujuh dua lima satu tiga enam empat gagal di hubungi (gagal dihubungi)
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci oh