Dia Terlupa
Suatu petang yang indah
Kuingin berjumpamu
Kumemandu keretaku
Menuju terus rumahmu
Kutahu dia terlupa
Hari ini tarikh lahirnya
Kuundang dia berjalan
Bertujuan untuk gembira
Oh kasih aku mengucapkan
Selamat hari jadi engkau gembira
Hmm sayang ini hadiahku
Ciuman yang mesra untuk hari jadimu
Dia begitu riang
Memegang erat tanganku
Memandang tepat wajahku
Menaruh penuh harapan
Uh sayang dimurahkan rejeki
Lanjutlah usia tetaplah imanmu
Oh kasih tiada hadiah
Hanyalah doa tulus ikhlas dariku
Memang itu tujuanku
Ingin berjumpa denganmu
Memberi ciuman sayang
Sempena hari lahirmu
Oh sayang aku mengucapkan
Selamat hari jadi engkau gembira
Hmm sayang ini hadiahku
Ciuman yang mesra untuk hari jadimu
Hmm sayang kucinta padamu
Usahlah kau ragu kita akan jemu