Noorkumalasari

Hati Hati Terima Budi


Imprimir canciónEnviar corrección de la canciónEnviar canción nuevafacebooktwitterwhatsapp

Berkicau sekawan kenari
Hingga di ranting sena
Kerana setitiklah budi
Kasih mengharum jiwa

Mewangi seroja di kolam
Mekar indah dipandang
Bila kasih sudah bersulam
Siang malam terkenang

Budi baik disanjung tinggi
Sukar untuk dibalas
Jangan tergadai diri
Jikalau sudah termakan budi

Memburu di petanglah hari
Jangan sesat di hutan
Hati hati terima budi
Takut jadi ungkitan

Berkicau sekawan kenari
Hingga di ranting sena
Kerana setitiklah budi
Kasih mengharum jiwa

Mewangi seroja di kolam
Mekar indah dipandang
Bila kasih sudah bersulam
Siang malam terkenang

Budi baik disanjung tinggi
Sukar untuk dibalas
Jangan tergadai diri
Jikalau sudah termakan budi

Memburu di petanglah hari
Jangan sesat di hutan
Hati hati terima budi
Takut jadi ungkitan