Bingkisan Rahsia


Hatiku sungguh merasa gembira
Dengan tak di sangka
Ku terima berita
Ku tunggu terlalu lamanya
Baru kini berita baik
Ku terima
Tak dapat ku
Kata dan di cerita

Walaupun kepada sesiapa
Berita ku ini
Sungguh
Indah terasa

Kalau ada
Orang bertanya
Tiada akan
Ku beri jawapannya

Hanya senyuman
Ku beri
Padanya
Kerana ini
Adalah berita rahsia