Bunyi Gitar
Oh bunyi gitar irama Twist
Tidak sabar si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda ingin dapat teman
Menari suka ria
Oh sungguh merdu
Lagu ini siapa mahu boleh menari
Pilih satu teman sendiri atau kasih hitam manis
Kalau sudi mari kita menari Twist
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya
Irama
Dapat mikat sukma gadis dan teruna
Mahu cari teman gembira
Oh gitar solo dan melodi
Ikut tempo kalau menari
Sila adik sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira hati jadi riang
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya
Irama dapat mikat sukma
Gadis dan teruna mahu cari teman gembira
Oh gitar solo
Dan melodi ikut tempo
Kalau menari sila adik sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira hati jadi riang