Impian Di Ibukota


Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur
Penuh jalan bersimpang siur
Hati hati langkah di atur
Ada bersih ada yang kotor

Ada juga yang menjanjikan syurga
Ada juga yang menyesatkan jiwa

Pagi malam dan juga petang
Pedagang tak kurang pendatang
Ada resam bermacam ragam
Dari putih hingga ke hitam
Pelbagai pasal ku dengar
Ada juga yang tak faham tuturnya

Ibu kota ku menjanjikan impian
Bagi berjuta manusia
Dari desa mahupun luar negara pun ada
Sama sahaja

Masih dibubar rakyat indah
Berbagai bangsa bermacam cara oh
Ada pahala ada yang dosa

Ada juga yang menjanjikan syurga
Ada juga yang menyesatkan jiwa

Ibu kota ku menjanjikan impian
Bagi berjuta manusia
Dari desa mahupun luar negara pun ada
Sama sahaja

Ibu kota ku menjanjikan impian
Bagi berjuta manusia
Dari desa mahupun luar negara pun ada
Sama sahaja

Masih dibubar rakyat indah
Berbagai bangsa bermacam cara oh
Ada pahala ada yang dosa oh