Kau Tidak Peduli
Belum sekali ku persoalkan kejujuranmu pada ku
Kerana cinta bukan bebanan
Yang harus menyekatmu
Ada sangkamu aku sentiasa bersedia menerima
Lalu kau mengambil kesempatan lupakan kewajipan
Telah bekali-kali aku memaafkan
Kau ulangi kesilapan
Tidak kau peduli hati ini
Terlalu pedih didustai
Tidak kau sedari aku manusia
Kesabaran ada batasannya
Seringku fikirkan apa kesudahan
Apa ertinya ikatan
Sedangkan engkau tidak menghargai
Pengorbanan yang ku beri
Telah bekali-kali aku memaafkan
Kau ulangi kesilapan
Tidak kau peduli hati ini
Terlalu pedih didustai
Tidak kau sedari aku manusia
Kesabaran ada batasannya
Seringku fikirkan apa kesudahan
Apa ertinya ikatan
Sedangkan engkau tidak menghargai
Pengorbanan yang ku beri