Menjelang Hari Raya & Selamat Hari Raya [Mashup]


Oh yeah

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya

Selamat selamat
Selamat hari raya

Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerana perut kosong

Selamat hari raya