Merana Diri
Merana diri
Mengapakah jadi begini
Mengapa
Oh merana
Angin malam mendayu
Sayup-sayup merayu
Buana terpegun membisu
Terlihat driku termenung selalu
Masa indah berlalu
Tidak kunjung bertemu
Bertambah derita hatiku
Mengenang janjimu yang manis bermadu
Sekarang segala kenangan
Terbayang menjadi impian
Walaupun ingin kulupakan
Semakin mendalam khayalan
Kini aku kecewa
Jiwa tambah tersiksa
Fikiran tak tentu belaka
Kerana si dia diriku merana
Sekarang segala kenangan
Terbayang menjadi impian
Walaupun ingin kulupakan
Semakin mendalam khayalan
Kini aku kecewa
Jiwa tambah tersiksa
Fikiran tak tentu belaka
Kerana si dia diriku merana