Suraya


Suraya
Seperti mana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya

Suraya
Bentangkan sinaranmu di sini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu Suraya

Kadangkala perkataan hanya
Merungsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama

Oh Suraya
Suatu masa
Dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Dirimu Suraya

Kadangkala perkataan hanya
Merungsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama

Oh Suraya
Suatu masa
Dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Dirimu Suraya
Suraya
Oh Suraya
Suraya


Autor(es): ABU B. ABU SAFFIAN, MD GHAZALI NOR HISHAM