Syahadat Cinta


Biarkan mereka
Tinggalkan kita
Kerana ku tahu ku ada engkau sentiasa
Beban di bahuku
Tidak terasa
Pabila ku tahu kau disisiku kehujung masa

Oh ada masanya
Lukaku bisa
Membuatkan ku lupa yang kau juga turut sakit
Maafkan diriku
Aku manusia
Hanyalah hamba lemah dipenuhi memori pahit
Yang sakit lupakan
Kita bangkit berlawan

Aku tinggalkan segalanya di dunia
Agar engkau akan selamanya bahagia
Tiba satu masa ku mungkin tiada
Kan ku ukirkan mu
Kan ku ukirkan mu
Syahadat cinta uh
Syahadat cinta oh
Syahadat cinta