
Combo Raya
Oh gembira rasanya hati mengembara
Dapat pulang bersua dengan yang tersayang
Bersyukurlah pada Tuhan yang maha esa
Dapat kita merayakan bersama-sama
Dihari mulia ini kususun sepuluh jari
Kukini telah kembali padamu yang menanti
Selamat hari raya hari yang bahagia
Selamat hari raya ampun maaf dipinta
Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda dirantauan semuanya pulang kedesa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam kepagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman-berzaman
Asyik bersembang pakcik dan mancik
Hai duit raya lupa nak diberi
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
Oh balik kampung
Oh balik kampung
Oh balik kampung
Hati girang
Oh balik kampung
Oh balik kampung
Oh balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti