Sekumpulan Orang Gila

Garisan Sartan


Print songSend correction to the songSend new songfacebooktwitterwhatsapp

Berdiri menghadap berpijak di bumi
Mengakari di tanah tapak berdaun berbunga
Membenih bumi nantikan mati

Putaran berulang
Hidup mati hidup lagi
Berganjak mungkin seakan siput
Perlahan berhaluan

Tinggal kesan pesan ditinggal
Yang lain mungkin tegak mengikut
Atas dasar hanya terikut

Walau dapat ku mendongak dan berdiri tegak
Dapat kau imbang fikiran yang susah
Walau dah lalu mengadu dan tunduk ke bumi
Terlintas terimbas hidup dilingkar dosa

Mengutip pahala
Silap tafsir cebis pahala sahaja

Kekalkan nurani hati
Jangan diturut kanun gila dunia
Yang dicipta si tamak
Yang cantik luaran buruk di dalam weks

Terus tegak hujung nyawa

Oh dapat mendongak dan berdiri tegak
Dapat kau imbang fikiran yang susah
Walau dah lalu mengadu dan tunduk ke bumi
Terlintas terimbas hidup dilingkar dosa

Mengutip pahala
Silap tafsir cebis pahala dilingkar dosa
Mengutip pahala
Silap tafsir cebis pahala sahaja