Heliza Helmi

Jom Solat


Print songSend correction to the songSend new songfacebooktwitterwhatsapp

Ayuh bersamalah kita tunaikan solat
Kewajipan semua muslimin muslimat
Cuma lima kali sehari sahaja
Tiba masa tunaikan segera

Sebelum solat berwuduk sucikan diri
Pakai yang bersih auratnya ditutupkan lagi
Hadirkan rasa ikhlas dan khusyuk di jiwa
Sujud ke arah kiblat yang sama

Subuh di awal pagi
Zohor di tengahari
Asar dirikan bersama
Maghrib kita ke masjid
Isyak insafi diri
Moga kita diberkati

Solat itu tiang agama yang mulia
Menghindarkan kita dari fahsya' dan mungkar
Menenangkan jiwa dari gundah gulana
Menjauhkan kita dari noda dan dosa

Solat tiang agama
Solat kewajipan kita
Solat menghindarkan dosa
Solat tunaikan segera

Marilah kita tunaikan solat
Walaupun di mana kita semua berada
Di kala sihat ataupun sakit
Di waktu sempit mahupun senang

Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak

Solat itu tiang agama yang mulia
Menghindarkan kita dari fahsya' dan mungkar
Menenangkan jiwa dari gundah gulana
Menjauhkan kita dari noda dan dosa

Solat tiang agama
Solat kewajipan kita
Solat menghindarkan dosa
Solat jomlah jom

Ia tanda syukur kita pada Yang Esa
Menciptakan kita sebagai hambanya
Membawa kejayaan yang berganda
Di dunia dan akhirat sana

Solat tiang agama
Solat kewajipan kita
Solat menghindarkan dosa
Solat tunaikan segera

Solat tiang agama
Solat kewajipan kita
Solat menghindarkan dosa
Solat tunaikan segera

Marilah kita tunaikan solat
Walaupun di mana kita semua berada
Dikala sihat ataupun sakit
Diwaktu sempit mahupun senang

Jomlah solat