Samudera

Ku Kehilangan Kata-Kata


Print songSend correction to the songSend new songfacebooktwitterwhatsapp

Silapnya juga pada diriku
Menetapkan sepenuh harapan
Tak pernah ku berkasar dengamu
Bimbang nanti akan terguris hati

Kerana ingin menjaga hatimu
Tak kubina tembok dan sempadan
Kuharapkan kekal dan berpanjangan
Akhirnya aku diketepikan

Tak guna diteruskan andai sudah hilang
Rasa rindui hati
Bukan sehari dua
Bukan semalam dua
Sudah lama bersama

Engkau seharusnya mengerti
Apa yang amat kuingini
Tak usah kau menuding jari
Bersama mengharungi

Andai egomu mengawal perasaan
Kata nasihat tiada berkesan
Walaupun intan di depan matamu
Kau anggap kaca yang tiada berharga
Biarkanlah tak mungkin aku bersama

Tak guna diteruskan andai sudah hilang
Rasa rindui hati
Bukan sehari dua
Bukan semalam dua
Sudah lama bersama

Engkau seharusnya mengerti
Apa yang amat kuingini
Tak usah kau menuding jari
Bersama mengharungi

Andai egomu mengawal perasaan
Kata nasihat tiada berkesan
Walaupun intan di depan matamu
Kau anggap kaca yang tiada berharga
Biarkanlah tak mungkin aku bersama

Andai egomu mengawal perasaan
Kata nasihat tiada berkesan
Walaupun intan di depan matamu
Kau anggap kaca yang tiada berharga
Biarkanlah tak mungkin aku bersama