Klthsom

Persimpangan Ini Membingungkan


Print songSend correction to the songSend new songfacebooktwitterwhatsapp

Untuk apa lagi kau bertanya
Segala-galanya telah berakhir
Cukuplah sekali ini dan tak usah dikesali
Kita sudah pun terasing kini

Usah meletakkan pertemuan
Sebagai puncanya perpisahan
Dan bukan kerana takdir tetapi mungkinnya zahir
Yang tiada pernah berubah rasa

Laluan kita yang lurus kini telah berliku
Dan kita berdiri di persimpangan
Ikutlah kehendak hati pasti kau temui
Apa yang kau cari selama ini

Usah meletakkan pertemuan
Sebagai puncanya perpisahan
Dan bukan kerana takdir tetapi mungkinnya zahir
Yang tiada pernah berubah rasa

Laluan kita yang lurus kini telah berliku
Dan kita berdiri di persimpangan
Ikutlah kehendak hati pasti kau temui
Apa yang kau cari selama ini

Berdiri di sini seketika
Untuk kali yang terakhir ini
Harapanku cuma satu agar ketiadaanku
Mendewasakan lagi dirimu