
Rindu
Jangan di tanya sedalam mana cinta ku padamu
Jangan di ukur setinggi manakah cinta ku
Bukan lautan jadi bandingan
Dan bukan pula langit menjadi ukuran
Sewaktu engkau lena di ulit mimpi mu yang panjang
Dan di waktu itu lah aku sering terjaga
Di dalam kepekatan nya malam
Aku merenung apa yang bakal mendatang
Rindu sungguh indah buat mu
Tetapi hakikatnya ku resah selalu
Rindu bagai titisan hujan
Sudi pula bertandang di kemarau panjang
Lantas kerana terlalu agungnya kesetiaan
Aku cuba lenyapkan segala kebimbangan
Sanggup ku tempuh gurun yang tandus
Demi mencari sebuah tasik rindumu
Yang sebenar
Rindu sungguh indah buat mu
Tetapi hakikatnya ku resah selalu
Rindu bagai titisan hujan
Sudi pula bertandang di kemarau panjang
Lantas kerana terlalu agungnya kesetiaan
Aku cuba lenyapkan segala kebimbangan
Sanggup ku tempuh gurun yang tandus
Demi mencari sebuah tasik rindumu
Yang sebenar