Semuanya Kerana Hadirmu
Tak pernah ku merasa kelembutan
Sepanjang perjalanan
Hingga kehadiranmu bawa kedamaian
Bagi diriku kaulah titisan hujan
Menyirami taman hati
Aku yang kegersangan rasa keindahannya
Hadirmu kekasih
Di saat diriku memerlukan
Hadirmu kekasih
Mengutip kedukaan
Yang seringnya merintangi
Kesepian hidup yang tak bertepi
Terpadam kepahitan
Semuanya kerana hadirmu
Tak pernah ku merasa kelembutan
Sepanjang perjalanan
Hingga kehadiranmu bawa kedamaian
Bagi diriku kaulah titisan hujan
Menyirami taman hati
Aku yang kegersangan rasa keindahannya
Kau sedarkan daku
Dari kejatuhanku yang lalu
Kau kekuatanku di saat kepayahan
Kau nyalakan pengharapan
Semakin bererti hidup ini
Terpadam kepahitan
Semuanya kerana hadirmu
Hadirmu kekasih
Di saat diriku memerlukan
Hadirmu kekasih
Mengutip kedukaan
Yang seringnya merintangi
Kesepian hidup yang tak bertepi
Terpadam kepahitan
Semuanya kerana hadirmu