Suki Low

Suasana & Seloka Hari Raya


Print songSend correction to the songSend new songfacebooktwitterwhatsapp

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Indahnya sungguh di hari raya ramainya orang bersuka ria
Indahnya sungguh di hari raya ramainya orang bersuka ria
Sanak saudara sedang menunggu di hari mulia bertemu mesra
Sanak saudara sedang menunggu di hari mulia bertemu mesra

Selamat Aidilfitri kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini
Kuih dan muih beranika macam makanlah jangan hanya di pandang
Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini tua muda wajah berseri-seri
Miskin dan kaya sama sahaja hulurkan tangan berjabat mesra
Miskin dan kaya sama sahaja hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama lupakan saja sengketa lama
Saling bermaaf kita bersama lupakan saja sengketa lama
Selamat hari raya