Azfar

Yang Bernama Cinta


Print songSend correction to the songSend new songfacebooktwitterwhatsapp

Adakah sekali tidak berjumpa
Ini yang terjadi
Adakah kerana tidak kena tempo
Ini yang terjadi

Mungkinnya kau mengerti
Apa yang aku maksudkan
Perubahan sikap mu buat ku resah

Engkau hanya bilang sekadar berjumpa
Dengan kawan lama
Tidak aku sangka telah terjalin
Satu ikatan mesra
Antara kau dan dia telah termetri satu kisah
Maka robohlah cinta ku yang nama cinta

Ha ha

Barangkali itulah gaya mu mengucapkan selamat tinggal
Dingin yang luruh tapi di luar musimnya
Sedang aku masih merindu mu
Kau berikan dia kata rindu
Beginikah berakhirnya cinta ku

Semasa kau masih bersama
Betapa indah cinta kita
Kehadiran mu bagai bintang bekerdipan
Betapa indahnya alam cinta
Bagaikan kapal layar di mega
Yang tak pernah tergoncang oleh badai

Setelah semua berlalu
Aku pun dibiarkan layu
Nak aku sedih tak berlagu
Ku terima adanya

Kau pergi dengan rasa riang
Kau tinggalkan aku derita
Kau pergi tanpa rasa kesal
Ku pergi tanpa dendam

Barangkali itulah gaya mu mengucapkan selamat tinggal
Dingin yang luruh tapi di luar musimnya
Sedang aku masih merindu mu
Kau berikan dia kata rindu
Beginikah berakhirnya cinta ku

Semasa kau masih bersama
Betapa indah cinta kita
Kehadiran mu bagai bintang bekerdipan
Betapa indahnya alam cinta
Bagaikan kapal layar di mega
Yang tak pernah tergoncang oleh badai

Setelah semua berlalu
Aku pun dibiarkan layu
Nak aku sedih tak berlagu
Ku terima adanya

Setelah semua berlalu
Aku pun dibiarkan layu
Nak aku sedih tak berlagu
Ku terima adanya

Kau pergi dengan rasa riang
Kau tinggalkan aku derita
Kau pergi tanpa rasa kesal
Ku pergi tanpa dendam