Fana
Semua sementara
Tiada yang selamanya
Ia pinjaman cuma
Gunakan sebaiknya
Oh
Apa yang ada
Pada wajah jelita
Akan diragut dimamah usia
Apa diharap pada usia muda
Maut menjemput tak kira masa
Jika berkuasa mahu disanjung
Kita hilang di sisi yang agung
Darjat dan nama pun tidak kekal
Itu semua bakal ditinggal
Darjat dan nama pun tidak kekal
Itu semua kan ditinggal
Keindahan dunia tiada nilaianya
Disisi yang esa hanya yang bertaqwa
Mengapa dibangga harta yang fana
Takkan bersamamu di barzah sana
Andai redha manusia itu yang kau puja
Disisi Allah tiada nilainya
Oh
Jika berkuasa mahu disanjung
Kita hina disisi yang agung
Darjat dan nama pun tidak kekal
Itu semua bakal ditinggal
Berkasih bercinta sesama manusia
Dipisah kemelut tak diundang
Akhirnya kecewa hidupmu merana
Dirimu hanyut ceriamu hilang
Selagi hayat dipinjamkan Tuhan
Belum terlambat menebus kesilapan
Nikmat kurniaan jangan dipersiakan
Semadikanlah taqwa di hati dan di jiwa
Semua sementara (semua sementara)
Tiada yang selamanya (tiada yang selamanya)
Ia pinjaman cuma (ia pinjaman cuma)
Gunakan sebaiknya (gunakan sebaiknya)
Kemegahan dunia (kemegahan dunia)
Tiada nilaianya (tiada nilainya)
Disisi yang esa (disisi yang esa)
Itu semua fana (itu semua fana)