Mencari Erti


Oh butakah mataku dalam menentu arahku
Haluan yang dituju mengikut hembusan bayu
Entah dah berapa kali kata di bisik ke telinga
Masih tak mengubah selagi hati tak terbuka

Resahnya di jiwa dan sempitnya di dada
Sering kali batin ku merayu
Kasihnya kerana aku

Mencari
Ku mencari
Erti kehidupan ini

Hm oh
Dimana ku menoleh berbagai halangan menjelma
Menghanyutkan jauh dari segala yang dikejar
Kadangnya tak terdaya kudrat menempuh pancaroba
Bila terdesak ku menadah kedua telapak ke muka

Terangkanlah jiwaku lapangkanlah dada
Dengarkan rintihanku merayu
Kasihmu kerana aku

Mencari
Ku mencari
Erti kehidupan ini oh

Tak kira walaupun dimana
Dalam sedar atau lena
Kau sentiasa bersamaku
Menemani hidup yang sunyi
Menyuluh sinar menanti
Walau dingin hatiku ingin oh

Mencari
Ku mencari
Erti kehidupan ini

Mencari
Ku mencari
Erti kehidupan ini