Raya & Usia


Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillahil hamd

Takbir bergema lagi
Tandanya Syawal datang kembali
Allah yang maha besar
Yang maha suci dipuja puji
Raya disambut riang
Ceria hati girang
Penuh kesyukuran kepada Tuhan

Raya bukan untuk bergembira saja
Tapi tanda meningkat usia
Setelah setahun ia ditinggalkan
Dengan penuh kenangan
Aneka suka duka disulami dosa noda
Adakah taubat didamba sudahkah ampun dipinta

Sebelum hari raya kita semua puasa Ramadhan
Tahan lapar dahaga dan tutur kata semua anggota
Adakah kita berjaya menempuh semuanya
Tanyalah diri kita cari jawapannya

Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillahil hamd

Begitulah saban tahun
Umur bertambah tidak kita hitung
Sama-samalah memikirkannya
Mampukah azab ditanggung
Ajal makin hampir maut makin dekat
Segeralah pohon taubat
Kerana Allah maha pengampun pemberi rahmat

Takbir bergema lagi
Tandanya Syawal datang kembali
Allah yang maha besar
Yang maha suci dipuja puji
Raya disambut riang
Ceria hati girang
Penuh kesyukuran kepada Tuhan

Begitulah saban tahun
Umur bertambah tidak kita hitung
Sama-samalah memikirkannya
Mampukah azab ditanggung
Ajal makin hampir maut makin dekat
Segeralah pohon taubat
Kerana Allah maha pengampun pemberi rahmat

Takbir bergema lagi
Tandanya Syawal datang kembali
Allah yang maha besar
Yang maha suci dipuja puji
Raya disambut riang
Ceria hati girang
Penuh kesyukuran kepada Tuhan

Bermula saat ini tanamkan niat di hati
Ubahlah peribadi menjadi mukmin sejati
Selamat hari raya kepada semua
Inilah hakikatnya raya dan usia
Selamat hari raya kepada semua
Inilah hakikatnya raya dan usia

Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillahil hamd