Selamat Hari Raya


Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini

Dimasa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila syawal menjelma hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat permandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira merayakan Aidilfitri yang mulia

Disana kelihatan bermacam kuih ketupat dan rendang
Minta mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong (laparlah hehe)

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang umur murah rezki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat Hari Raya