Insya Allah


Mama papa jom main layang layang
Insya-Allah petang ini kita main ya
Insya-Allah
Insya-Allah itu apa
Dengan izin Allah
Hah

Bila kita nak berjanji
Mari ucapkan insya-Allah
Kerana kita tak pasti
Janji kita akan ditepati
Papa sedang berusaha
Untuk baiki paip segera

Papa kena baiki
Cepat-cepat baiki
Boleh main layang-layang nanti

Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap insya-Allah

Omar Hana mari makan
Baik mama
Insya-Allah hihi
Eh
Omar
Insya-Allah papa

Omarkan sudah berjanji
Serta ucapkan insya-Allah
Perlu usaha tepati
Janji yang telah diberi tadi
Mari Omar mari sini
Sudah jangan bermain lagi

Saya dah berhenti
Dan tidak main lagi
Maaf saya tak buat lagi

Ucap insya-Allah
Ucap insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap insya-Allah
Mari ucap insya-Allah
Mari ucap insya-Allah

Alhamdulillah