Kau Sumber Ilham Seniku


Mengapa harus kita berpisah
Setelah lama kita bercinta
Tiada kesalahan yang kuperlakukan
Yang menyakiti hatimu

Mungkinkah ini kerana hasutan
Menarik diri tanpa alasan
Tapi tak mengapa ku takkan kecewa
Kau turut kata hatimu

Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandangmu
Pergi kau dari hidupku

Tak usah kau menyesali
Cinta bagiku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati

Oh tiada lagi maaf bagimu
Hatiku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu

Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandangmu
Pergi kau dari hidupku

Oh tiada lagi maaf bagimu
Hatiku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu