Maju Berkat Sejahtera


Dengan niat yang murni
Atas nama ilahi
Kami terus berbakti
Langkah tidak berhenti

Melakar impian
Terengganu Darul Iman
Maju berkat sejahtera

Maju Terengganu maju
Di bawah suluhan wahyu
Rakyat berdaya saing
Kita gerak seiring

Tiada yang ketinggalan
Kerana adil pengagihan
Juga seimbang tumpuan
Bersama kita buktikan

Berkat bumi ini
Dengan hasil bumi
Jangan dikufuri
Wajib disyukuri

Nikmat untuk semua
Rahmat Maha Esa
Tegakkan syariatNya
Semua bahagia

Negeri akan makmur
Baldah toyyibah
Warabbun ghafur

Sejahteralah
Darul Iman
Di bawah naungan Islam dan Ihsan

Kebajikan keadilan
Kemajuan kedamaian
Dinikmati diwariskan
Dilindungi dipertahankan

Janji kami untuk semua
Maju berkat sejahtera
Tekad kami impian semua
Maju berkat sejahtera

Janji kami untuk semua
Maju berkat sejahtera
Tekad kami impian semua
Maju berkat sejahtera