Nasib Si Miskin


Janganlah kau menangis
Wahai anak ku
Ibu mu sudah
Pergi jauh
Tinggalkan ayah
Dalam derita
Alam yang terang
Gelap semata

Mata ku buta
Anak ku
Tidak berdaya
Nasib nya si miskin
Selalu lapar dahaga

Alangkah sedihnya
Hidup si miskin
Dipandang hina
Senantiasa
Dikeji selalu
Dan tak disuka
Kerana si miskin
Hidup tersiksa

Mata ku buta
Anak ku
Tidak berdaya
Nasib nya si miskin
Selalu lapar dahaga