Kini Masaku [Bahasa Malaysia Version]


Telah lama
Hatiku tak teruja
Menyusuri hidupku di persada
Pandanganku menyingkap segala
Bagai terkabul mimpiku

Namun hadirku demi satu misi
Kembalikan cahaya dan harmoni
Menghambat penyihir dah si konco nya
Kerana ku dah sedia

Tiba masa
Berdepan seteru ku
Masa
Tebus kelemahan lalu
Tiba masa
Penuh yakin bak perwira
Masa
Demi nusa dan jelata

Dengan tekad ku menuju istana
Membebaskan rakyatnya dan Avalor
Ini saatnya mengubah derita
Bahagia pasti menjelma

Tiba masa
Menuju puncak jaya
Masa
Menakluki dunia

Masa
Buat insan yang tercinta
Masa
Tiba masa bagiku
Tiba masa
Bagiku