Aku Terpaksa


Aku berjalan sendiri
Dalam hujan yang lebat
Sambil menoleh ke belakang
Memandangmu

Engkau berdiri di situ
Sambil mengesat mata
Kutahu kau sedang menangis
Tak terkata

Ku mengerti perasaanmu oh sayang
Setelah kusedar adanya sesuatu
Yang memisahkan cinta kita
Biar aku berhalang
Apalah dayaku sudah takdir
Terpaksa kuterima
Biarlah aku meneruskan
Hidupku tanpamu

Ku mengerti perasaanmu oh sayang
Setelah kusedar adanya sesuatu
Yang memisahkan cinta kita
Biar aku berhalang
Apalah dayaku sudah takdir
Terpaksa kuterima
Biarlah aku meneruskan
Hidupku tanpamu

Aku coba melawan perasaan ini
Namun air mata terus berlinangan
Kerana sayang kepadamu
Oh aku terpaksa