Jejaka Pemalu [Hotel Mania OST]
Setelah sekian lama
Kini mula baru ku tersedar oh
Ku bagaikan tak percaya
Dia menunggu langkah pertama oh
Lembutnya tutur bicara
Oh sucinya jiwa
Dia segala yang ku idami
Tetapi
Masih lagi ku tunggu
Dari dulu kau datang padaku
Bukannya tidak mahu
Dia jejaka pemalu
Apa lagi dinanti
Tiap hari ku masih sendiri
Bukan tidak mengerti
Datanglah kau kemari
Apa lagi yang ku harus cuba
Untuk tarik perhatiannya oh
Tanpa menggadaikan maruah diri
Kerna diriku wanita oh
Sekurang -kurangku cuba
Dekati dirinya
Namun diam seribu bahasa
Oleh itu
Masih lagi ku tunggu
Dari dulu kau datang padaku
Bukannya tidak mahu
Dia jejaka pemalu
Apa lagi dinanti
Tiap hari ku masih sendiri
Bukan tidak mengerti
Datanglah kau kemari