Tahniah Dan Ucap Selamat


Sungguh bangga hatiku dapat berita darimu
Kau capai kejayaan di bidang pelajaran
Kau terima kepujian dengan amat cemerlang
Lulus dalam ujian kau pelajar terbilang

Semua teman-teman berasa sangat kagum
Kerana kau berjaya harumkan nama bangsa
Tahniah ku kirimkan beserta ucap selamat
Tak sabar ku menanti hatinya engkau pulang

Walau kau anak miskin hidup penuh derita
Tapi engkau berazam mencapai cita-cita
Nasihat ayah ibu hidupkan sekolahmu
Kini telah terbukti engkau putera harapan

Semoga engkau selamat kembali ke pangkuan
Keluarga dan negara sebagai putera setia
Ayah serta ibumu dan juga guru-guru
Bersama turut bangga melihat ijazahmu